March 6, 2009

Audi Mok Tak Romantik


Oleh : Zikirullah Zolkefli (zikir@jomstar.com)
Foto : Aizzul A. Majid

“Saya Bergaduh Dengan Audi Mok.”



Ramai di antara kita sudah mengetahui bahawa Nikki bakal melansungkan perkahwinannya dengan komposer terkenal tanah air, Audi Mok pada 27 Jun nanti.

Baru-baru ini Jomstar.com telah menjemput Nikki dan Audi untuk datang ke studio Jomstar.com untuk satu sesi fotografi dan temuramah. Namun hanya Nikki sahaja yang memberikan ‘lampu hijau’ untuk sesi fotografi berkenaan.

“Audi memang macam tu, dia tak suka bergambar,” kata Nikki kepada Jomstar.com

Tambah Nikki lagi, ini bukan kali pertama tunangnya itu menolak pelawaan pihak media yang mahu mereka berdua bergandingan dalam satu sesi fotografi.

“Sebelum ni ada juga media dah jemput dia untuk datang sesi fotografi, tapi macam biasalah, ada sahaja alasan yang diberikan. Sibuklah, itulah, inilah,” ujar Nikki.

“Dan kalau you nak tahu tiap-tiap hari I bergaduh dengan dia (Audi),”

“Kadang-kadang bukan sebab apa pun, tapi itulah, kalau setiap hari tak bergaduh memang tak sah,” ujar Nikki sambil ketawa.

Audi Tak Romantik

Apabila ditanya mengenai perihal tunangnya Audi yang dikatakan kurang mesra terhadap pihak media, Nikki menjelaskan sudah menjadi tabiat Audi tidak mahu menonjol di hadapan media.

“Dia seorang lelaki yang pemalu dan suka low profile,” ujar Nikki sambil tersenyum

Kata Nikki lagi oleh kerana sikap Audi yang tidak gemar berhadapan dengan pihak media itulah yang menyebabkan tunangnya itu di ‘cap’ sebagai seorang yang sombong dengan pihak media.

Jomstar turut menyoal Nikki samada tunangnya itu seorang yang berjiwa romantik, Nikki dengan nada bersahaja berkata, Auidi Mok bukanlah seorang yang romantik seperti yang disangkakan peminat.

“Memang tidak dinafikan banyak lagu yang dicipta oleh Audi ada elemen percintaan, namun ianya tidak membawa maksud yang tunang saya ini seorang yang romantik.”

“Kalau lagu cinta untuk saya pun dia tak nak buat, macam mana?” kata Nikki sambil tersenyum.

Namun begitu Nikki turut menjelaskan bahawa sudah menjadi sikap Audi tidak mahu menunjuk-nunjuk rasa cintanya kepada orang ramai.

“Bila saya mintak dia buat lagu cinta untuk saya, Audi akan cakap lagu cinta yang dia buat tidak dapat mewakili perasaan cintanya kepada saya,” ujar Nikki lagi.

Perkahwinan

Walaupun nama Nikki sedang meningkat naik dalam industri hiburan Malaysia, namun ianya tidak menghalang anak kelahiran Sabah ini menamatkan zaman remajanya tatkala baru berusia 24 tahun.

Ditanya adakah beliau tidak bimbang reputasinya sebagai penyanyi akan jatuh mendadak setelah melansungkan perkahwinan dengan Audi Mok, Nikki berkata, dia tidak kesah dengan persepsi berkenaan.

“Bagi Nikki peminat sekarang dah mula terbuka dalam menerima status artis. Kalau dulu bila seseorang artis wanita itu berkahwin, maka ‘market’ dia akan jatuh. Tetapi sekarang ni tidak. Tengok Datuk Siti Nurhaliza, walaupun sudah mendirikan rumah tangga, peminat masih memberi sokongan terhadapnya,” ujar Nikki.

Kata Nikki lagi, dia tidak gemar mengheboh-hebohkan mengenai majlis perkahwinannya kerana baginya perkahwinan itu adalah sesuatu hak peribadi.

Tema Perkahwinan Dan Majlis Resepsi

Mengenai tema majlis perkahwinannya, Nikki memberitahu Jomstar.com untuk majlis perkahwinannya yang akan berlansung di Kuala Lumpur, tema yang akan digunakan adalah berdasarkan elemen tradisional cina.

“Audi kan orang cina, so tak ‘best’ la kalau kita tak ikut budaya belah dia kan,” ujarnya kepada Jomstar.com

Tambah Nikki lagi, untuk majlis resepsi di Sabah pula, dia sedang merancang untuk mengadakan majlis berkenaan di tepi pantai.

“Selalu bila orang buat majlis resepsi kebiasaannya akan formal, tapi Nikki nak lari dari persepsi berkenaan,”

Katanya dalam majlis resepsi di sana kesemua para hadirin diminta untuk memakai pakaian yang santai.

Ditanya mengenai pantai yang akan menjadi lokasi majlis resepsi perkahwinan mereka, Nikki berkata dia sekarang ini sedang meninjau-ninjau kawasan pantai yang terdapat di negeri kelahirannya, Sabah.

“Setakat ini Nikki bercadang nak buat dekat Pantai Tanjung Aru, Sabah,”

“Pada majlis resepsi itu nanti Nikki akan mengenakan gaun manakala Audi akan mengenakan suit yang kedua-duanya berwarna putih,” ujar Nikki sambil tersenyum.

Bulan Madu

Mengenai perancangan berbulan madu, Nikki memberitahu Jomstar.com, jika diizinkan dia dan bakal suaminya itu mahu terus berangkat berbulan madu sejurus majlis perkahwinan mereka tamat.

“Tapi Nikki tak bolehlah buat macam tu. Keluarga Nikki datang dari Sabah takkan nak tinggal macam tu sahaja,. Jadi kitaorang tangguhkan dahulu untuk nak pergi berbulan madu,”

“Tapi kalau ikut perancangan asal, mungkin dalam awal bulan Jun nanti kami akan belayar ke luar negara,” kata Nikki yang sejak dari dahulu lagi memasang impian ingin belayar ke luar negara.

Cahaya Mata

Apabila ditanya mengenai soal berapakah anak yang mereka mahu, Nikki hanya tersenyum.

“Saya tak tetapkan berapa anak yang boleh saya dapat, cuma kalau boleh saya nak anak ramai. Tak kesahlah banyak lelaki atau perempuan, yang penting banyak,”

“Saya datang dari keluarga yang besar so tak bestlah kalau saya dapat anak sikit sahaja,” kata Nikki sambil ketawa.

Album

Walaupun sedang mengira bulan untuk bergelar isteri kepada komposer terkenal Audi Mok, namun ianya tidak menjadi penghalang kepada Nikki untuk terus aktif dalam dunia seni ini.

“Sekarang ni Nikki sedang sibuk dalam rangka promosi album terbaru Nikki yang berjudul ‘Hawa’,”

“Dan kalau tak ada aral melintang mungkin Nikki akan mengadakan satu showcase sebagai salah satu tanda terima kasih Nikki kepada peminat setia yang telah lama menyokong Nikki dari belakang.” Kata Nikki mengakhiri perbualan dengan Jomstar.com



Soalan Cepuk Emas Jomstar.com

Jika Anda Tidak Bergelar Artis Anda Mungkin Seorang?
Doktor

Apakah Impian Yang Masih Belum Terlaksana ?
Nak Buka Nursery

Kereta Impian?
Tak suka Kereta

Gadget Yang Belum Anda Beli ?
X-Box

Warna Kegemaran?
Nikki Suka Semua Warna.

Sudah Ada Teman Hati ?
Mestilah ada…Dah Siap Bertunang Lagi.

Tabiat Baik Nikki?
Semakin Suka Mengemas Coz Bakal Suami Nikki Seorang Yang Proper.

Tabiat Buruk Nikki ?
Suka Sangat Tengok Cermin Dan Pergi Gym Walaupun Jadual Tak Mengizinkan.

Info Nikki
Nama Penuh : Nicolette Louisa Palikat
Nama Glamor : Nikki
Tarikh Lahir : 1 November 1985
Umur : 24
Tempat Lahir : Berrien Springs, Michigan, USA
Bangsa : Dusun
Tinggi : 168cm
Saiz Baju : S
Saiz Kasut : 8
Percutian Impian : Bercuti Di Kepulauan Carribean

Myspace Nikki : http://www.myspace.com/nikkipalikat
Forum Nikki : http://nikkipalikat.proboards58.com/
Blog Nikki : http://nikkipalikat.blogspot.com/


Sumber: Jomstar.com

3 comments:

Shimamon said...

hey..we share the same birthdate! i was born in the states too! =)

Anonymous said...

Tahniah Nikkie krn telah membat keputusan penting dlm hidup. inilah keputusan yg paling sukar utk seorang yg bergelar artis

:: red hoodie :: said...

hi nikki..

what's this?----->Tinggi : 168cm
typo or what??

i don't want to accuse u for lying but please..don't say something irrelevant.

be proud of urself.
i like u because of ur talent, not ur height.
so, please, be frank n correct it.

thanks