March 10, 2010

Pada Suatu Petang...

Salah satu hobi Nikki ialah main mekap. Kalau perempuan lain baya Nikki pantang tengok baju, Nikki pantang tengok mekap...tengok saja mesti nak beli :p

Salah satu mangsa Nikki yang selalu Nikki kerjakan tiap kali jumpa ialah adik Nikki sendiri. Bukannya tak sayang adik tapi itulah tabiat dari kecil yang sukar dibuang. Dia pun sudah biasa dengan kerenah Nikki yang ada saja idea gila2 yang hendak dicuba, sementara dia pula menjadi bahan eksperimen.

Mungkin anda pernah melihat wajahnya di sini:


Ya...itu dia MARIE yang menjadi pengapit Nikki pada hari bersejarah itu :D

Pada suatu petang, Marie datang melawat Nikki, hajat hendak menagih simpati atas kehidupan dan nasibnya sebagai seorang penuntut universiti yang miskin lagi sepi, dan sering kelaparan. Maklumlah, Marie seorang "medic student" yang 24-jam belajar, erti hidup cumalah buku dan kertas peperiksaan. Tiada masa makan, tidur atau bersosial.

Maka dengan penuh rasa simpati, Nikki pun menghulurkan bantuan dari segi kosmetik:

THE MEDIC STUDENT



 LADY VA-VA VOOM!


Selesai saja acara, dia meluru ke dapur dan menghabiskan keropok Chachos kegemaran Nikki...balas dendam kot...

Apapun, dialah manusia paling rapat dengan Nikki dan satu-satunya sahabat Nikki yang memiliki keupayaan untuk "membaca" Nikki.


Thanks Marie :)

2 comments:

afifs said...

gigi kamu cantik!!! jeles....di mana??di UMS kah dia?

Anonymous said...

amboi nikki.. suke main mekap yek? dulu bkn takut tercucuk mata wkt pakai eyeliner ke?hehehe